it's about anything. too many to mention...

Saturday, August 28, 2010

britney nikmati dating, sean - jayden tak mahu kalah


Seakan tak mahu kalah dengan mamanya, dua anak Britney Spears iaitu Sean Preston dan Jayden James menikmati percutian mereka bersama datuk neneknya di pantai Santa Barbara. Di saat bersamaan, Britney diketahui juga tengah menikmati datingnya bersama kekasihnya, Jason Trawick di Maui, Hawaii.

Seperti yang ditulis Dailymail.co.uk, Sean dan Jayden dilihat bermain di hamparan pasir pantai ditemani datuk dan neneknya, Lynn dan Jamie Spears.

Walaupun Lynn dan Jamie telah bercerai pada 2002 silam - setelah 30 tahun hidup bersama, namun mereka mampu menjaga hubungan baik. Kedua2nya sangat supportive terhadap Britney dan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan bintang pop itu, terutama pada 2008 lalu saat Britney mengalami masa sukar dan bertindak di luar kontrol.

Waktu itu diva pop ini harus menjalani evaluasi gangguan mental selama 72 jam. Keadaannya makin terpuruk setelah hak asuh kedua2 anaknya ke tangan bekas suaminya, Kevin Federline.

Ayah Britney, Jamie, mengambil kontrol atas urusan anak superstarnya. Beliau diberikan hak wali dan kekuasaan penuh atas kewangan, urusan medikal, serta karier Britney untuk jangka panjang.

Hingga kini perwalian tersebut belum menampakkan tanda-tanda akan berakhir, Britney sendiri pun juga tak mahu untuk kembali mengurus semuanya sendirian.

Nampaknya Britney masih belum mahu melepaskan gelar 'Daddy's Little Girl' dalam dirinya.

0 comments: