Melakonkan berbagai karakter lakon baik protagonis mahupun antagonis bagi seorang bintang drama sekaliber Dude Harlino sama sekali bukan sebuah persoalan. Terpenting bagaimana dapat membawakan watak tersebut secara maksima.
Tapi celakanya sejak awal menjejakkan karier di dunia lakon, Dude belum dan tidak pernah ketiban watak antagonis. Nyata, image pun terbentuk sudah, padahal bintang drama KETIKA CINTA BERTASBIH (KCB) itu tidak mentabukan diri dari watak antagonis.
Sedikit bocoran, seperti dituturkan, dalam filem terbarunya DALAM MIHRAB CINTA, Dude dipercaya membawakan watak utama Syamsul, seorang santri yang menjadi jahat kerana difitnah.
Dude menilai wataknya dalam filem yang diadaptasi dari karya Habiburrahman El Shirazy itu berbeza dengan watak yang selama ini dibawakan.
Intinya buat Dude, setiap kali mendapat watak baru bererti saatnya belajar tentang sesuatu yang baru itu.


0 comments:
Post a Comment