Menurut informasi dari Mike Lewis, Theresa menjalani rawatan di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan, sebelum kemudian menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu lalu sekitar pukul 8.20 pagi.
Semasa hidupnya Theresa dikenali sebagai seorang artis, walau tidak sepopular adiknya. Dia bersama adiknya pernah membintangi drama Ramadhan, DOA MEMBAWA BERKAH (2000). Almarhumah juga dikenali sebagai artis sukan dan pecinta motor besar, juga gemar berburu.
Theresa merupakan saudara kandung Tamara Bleszynski, dari ayah yang sama namun beza ibu.
Wanita berdarah campuran Poland-Jawa kelahiran Jakarta, 28 Ogis 1965 ini pernah menikah dengan Herman Sarens Soediro, seorang tentera, diplomat, usahawan, tokoh sukan menembak dan berkuda, serta promotor tinju.
0 comments:
Post a Comment