it's about anything. too many to mention...

Monday, August 23, 2010

ketagihan lindsay lohan bukan hal serius


Pelakon Lindsay Lohan akan segera keluar dari pusat pemulihannya minggu ini, tanpa perlu menghabiskan masa 90 hari di tempat itu seperti yang diputuskan mahkamah sebelum ini.

Doktor di pusat pemulihan itu tidak menemui gejala gangguan jiwa pelakon berusia 24 tahun tersebut, sehingga Lindsay akan keluar pada minggu ini, dan hanya mendapatkan rawatan jalan.

Pelakon yang kerap bermasalah ini sejak 2 Ogos lalu telah menjalani pemeriksaan di pusat pemulihan UCLA Neuropsychiatric, dan akhirnya doktor menyimpulkan bahawa dirinya tidak mengalami kelainan bipolar seperti yang diduga sebelum ini.

Doktor yang menangani bintang filem HERBIE itu memang belum menulis laporan medikal akhir bintang ini. Namun, doktor2 tersebut mendapati Lindsay hanya ketagihan ubat Adderall yang bukan merupakan hal serius.

Hingga kini peguam Lindsay masih berusaha untuk menuntut pembebasan anak guamnya.

0 comments: