Belum lagi kelar menjalani hukuman, Lindsay Lohan sudah merancang mengumpul banyak wang. Pelakon ini khabarnya menginginkan bayaran US$1 juta untuk wawancara pertama setelah dia keluar dari tahanan.
Lohan saat ini sedang menjalani pemulihan setelah pernah ditahan di penjara selama 30 hari. Pelakon berusia 24 tahun ini harus menanggung akibat dari pelanggaran perintah mahkamah berkaitan kes memandu saat mabuk di tahun 2007. Dan dia berniat menaikkan harga wawancara sekitar US$25.000 hingga US$100.000.
Sesuai perintah mahkamah, Lohan harus menjalani pemulihan selama 90 hari. Seperti dikutip E!, peguam Lohan, Shawn Chapman Holley bertemu dengan hakim di mahkamah Beverly Hills untuk membahas masalah hukuman Lohan. Holley keluar dari mahkamah dengan senyum lebar, namun tidak mahu memberikan komen. Akhir bulan ini akan kembali dilangsungkan sidang sesi dengar berkaitan kes Lohan.


0 comments:
Post a Comment