it's about anything. too many to mention...

Monday, August 23, 2010

miranda kerr : ya! aku hamil


Berita gembira datang dari supermodel Australia, Miranda Kerr. Model cantik yang rasmi menjadi isteri Orlando Bloom melalui perkahwinan diam-diam pada bulan Julai itu sedang menantikan kehadiran anak pertama.

Miranda mula bercinta dengan Orlando, bintang di filem PIRATES OF THE CARIBBEAN dan THE LORD OF THE RINGS, pada 2007. Perkahwinan pasangan tersebut diumumkan bulan Julai oleh butik kelas atas Australia David Jones. Miranda menjadi duta besar butik pakaian itu.

Saat itu Miranda berterima kasih kepada David Jones kerana mengizinkan dia membatalkan penampilan dalam pelancaran pakaian musim semi/panas butik tersebut sehingga beliau dapat mengadakan pesta perkawinan dan berbulan madu.

Tak seorang pun di David Jones boleh diminta komen mengenai kehamilan Miranda dan impak kehamilan itu pada kontraknya dengan butik tersebut.

Miranda, yang dibesarkan di kota kecil Gunnedah di Australia, menempati posisi kesembilan di dalam senarai Top 10 Earning Models di majalah Forbes tahun ini, setelah memperoleh penghasilan sebesar US$4 juta dalam 12 bulan kebelakangan.

Miranda, yang meraih keglamoran di tahap international sebagai model pakaian dalam Victoria's Secret, secara mengejutkan mengungkapkan berita gembira ini kepada majalah Vogue, edisi bahasa Sepanyol terbitan September akan datang.


0 comments: