Bulan puasa ini dimanfaatkan Afgan untuk melakukan banyak hal. Afgan sendiri mengaku bahawa dengan niat dan berkah puasa, dirinya dapat meraih banyak hal, mula dari pekerjaan, kemesraan dengan fans dan keluarga, kelancaran kuliah, dan yang paling penting, belajar mengurangi merokok.
Ketika ditemui di acara buka bersama Afganisme (fans club Afgan) dan anak yatim di Artha gading, Jakarta Utara, Sabtu, 21 Ogos 2010 kelmarin, Afgan juga mengungkapkan rasa syukurnya mendapatkan banyak berkah di bulan suci ini.
Afgan juga menambah bahawa dirinya sangat mengurangkan kegiatan demi niatnya berpuasa di bulan Ramadhan. Kurangnya kegiatan ini juga dimanfaatkan Afgan untuk lebih dekat dengan keluarga dan menyelesaikan kuliahnya.


0 comments:
Post a Comment