it's about anything. too many to mention...

Tuesday, August 3, 2010


Sejak dulu, presenter Sarah Sechan memang sudah dikenali sebagai artis yang tidak mau terus mengumbar kehidupan peribadinya. Oleh kerana itu, Sarah tak mahu terlalu ambil peduli dalam menjawab polemik yang beredar berkaitan fatwa haram yang dikeluarkan MUI atas tayangan infotainment.

Sarah sendiri menganggap bahawa yang sebenarnya perlu dibenahi adalah tayangan dari infotainment itu sendiri. Ini kerana Sarah pernah mengalami kejadian yang tidak mengenakkan berkaitan infotainment.

Fatwa tayangan infotainment menjadi sesuatu yang haram juga ditangani bijak oleh presenter berambut pendek ini. Tentang infotainment, Sarah lebih menekankan kepada cara kerja (beberapa) jurnalis yang bekerja di lapangan. Beliau menganggap beberapa wartawan terlalu srudak-sruduk.

Wajar saja jika Sarah sampai berpendapat seperti itu sebab beliau pernah mengalami hal yang tak mengenakkan berkaitan dengan wartawan saat pernikahannya dulu. Saat pernikahannya, Sarah sengaja tidak mengundang wartawan saat akad nikah sebab beliau merancang untuk mengadakan sidang akhbar keesokan harinya. Namun, yang terjadi proses akad nikahnya sedikit terganggu lantaran kelakuan seorang wartawan.

Di masa depan, Sarah hanya berharap bahawa bakal ada saling pengertian antara artis dan wartawan biar terjalin hubungan yang saling menguntungkan.

0 comments: