Pelakon Luna Maya hari ini, berulang tahun ke-27. Kekasih penyanyi Nazriel Irham atau Ariel itu tetap kebanjiran ucapan dan doa hingga ratusan, walau di tengah suasana kes video porno yang diduga dilakoninya.
Ucapan yang hampir semuanya diikuti doa itu, dikirimkan melalui akaun Twitter Luna, @Lunnyy. Dalam doanya sahabat dan peminat mendoakan dapat tabah menjalani cubaan, dan memperoleh jalan terbaik dalam kes saat ini.
Luna sendiri memberikan jawapan dalam bentuk ucapan terima kasih, kerana banyak yang masih memperhatikan dirinya.
Peminat mengaku rindu, dan sempat menitis air mata saat Luna Maya melalui telefon tampil di Acara DAHSYAT, tempatnya menjadi presenter sebelum kemudian mengundurkan diri kerana kes ini.
Sebelum ini, tepatnya Ahad, Luna juga mengadakan buka puasa bersama peminat dan anak yatim-piatu di Panti Asuhan Al-Muawanah, Depok, Jawa Barat. Sebuah foto-foto yang diposting di internet nampak Luna yang menjalin keakraban dengan peminatnya. Suasana khidmat juga nampak, saat kedua2nya berdoa khusyuk di antara anak-anak penghuni rumah anak yatim tersebut.


0 comments:
Post a Comment