it's about anything. too many to mention...

Wednesday, September 15, 2010

cher bela baju daging lady gaga


Penyanyi Cher yang diminta GaGa untuk memegang beg kulit binatang ketika menerima penghargaan di atas pentas, membela si penyanyi berusia 24 tahun itu.

Dalam beberapa twitter berkenaan pakaian minima yang dikenakan GaGa, Isnin lalu Cher menulis bahawa sebagai karya seni busana itu mengagumkan! dan bahawa dompet daging yang dikenakan GaGa itu genius.

Dengan pakaiannya yang eksentrik, membawakan lagu hit seperti Bad Romance dan Paparazzi dan mengejutkan dengan watak pengganti yang hidup termasuk pengaturan piano di atas api, Lady GaGa telah mencipta fenomena budaya pop baru dunia dalam dua tahun terakhir dengan berhasil menjual lebih dari 10 juta album.

Lady GaGa juga mengatakan pakaian mini dari daging yang dikenakannya pada MTV Video Music Awards dimaksudkan untuk membuat sebuah kenyataan pada khalayak.

Memenangi lapan hadiah pada anugerah Minggu, artis pop yang glamor itu memilih menerima penghargaan dengan nyaris tidak mengenakan busana hanya sehelai pakaian super minima berwarna merah dengan dipadu beg serasi dengan warga gaun minima itu.

Penampilan yang seronok ini menjadi salah satu topik yang paling banyak dibincangkan dalam sebuah rancangan televisyen.

Busana yang dikenakannya Minggu itu adalah bikini mini yang juga dipakainya untuk cover Vogue Hommes edisi Jepun pada September lalu.

Ini adalah salah satu pakaian berbeza yang dikenakan penyanyi pada Ahad lalu, salah satunya tampak seperti beh sampah besar berwarna hitam.

Lady GaGa mengatakan kepada DeGeneres bahawa dia tidak bermaksud tidak hormat kepada siapa saja yang vegan (pecinta binatang) atau vegetarian, dan menyebut dirinya sebagai 'manusia bebas yang paling dihujat di bumi'.

0 comments: