it's about anything. too many to mention...

Monday, September 13, 2010

lady gaga disaman 30.5 juta dollar oleh bekas kekasih


Seorang bekas kekasih Lady GaGa, yang mengatakan bahawa dirinya telah membantu sang superstar menuju keglamoran dan keuntungan, mengeluarkan saman kepada GaGa sebanyak 30.5 juta dollar Amerika.

Lelaki ini adalah Rob Fusari, seorang produser muzik yang mengaku pernah membantunya ketika mereka masih bersama. Walaupun sekarang kedua2nya sudah dinyatakan berdamai, namun wakil kedua2nya tidak bersedia menyatakan apakah perempuan yang bernama asli Stefani Germanotta ini membayar sesuai saman Fusari.

Pasangan ini pernah bersama sebelum GaGa sangat glamor. Fusari sendiri adalah pasangan GaGa dalam menciptakan hit single Paparazzi. Lelaki ini mengaku membantu GaGa mendapatkan sensasi, bahkan membantu menciptakan nama pentasnya.

Dia juga mengaku bahawa dia dan GaGa sudah pernah memiliki perjanjian bahawa mereka akan memberinya 15 sampai 20 peratus keuntungan albumnya.

Namun, pihak GaGa sendiri mengajukan saman balik kepada Fusari, dengan alasan bahawa Fusari memaksa GaGa menyetujui perjanjian yang tidak legal.

0 comments: