Pejabat di mahkamah Los Angeles mengatakan, hukuman percubaan Lindsay telah dicabut dan surat penangkapan rasmi buat dia telah dikeluarkan, tapi ditunda sampai Jumaat, ketika beliau harus tampil di mahkamah.
Proses pemeriksaan mahkamah Jumaat akan memutuskan apakah pelakon MEAN GIRLS tersebut akan kembali ke dalam penjara.
Lindsay, yang kariernya telah tergelincir akibat masalah ubat dan alkohol, mengaku di satu pesanan Twitter, Jumaat lalu bahawa telah gagal dalam pemeriksaan ubat secara acak, tapi mengatakan juga berusaha sekuat tenaga untuk menang dalam perjuangannya melawan penyalah-gunaan bahan psikotropika.
Laman web berita selebriti TMZ.com menyatakan Lindsay telah diperiksa positif untuk kokain.
Lindsay menjalani dua minggu hukuman penjara pada Ogos, lalu diikuti oleh 23 hari dari tiga bulan program rawat-inap di pusat pemulihan, setelah beliau dinyatakan melanggar hukuman percubaan dalam kes kokain dan memandu dalam keadaan mabuk pada 2007.
Setelah beliau diperkenankan keluar dari pusat pemulihan, perintah mahkamah mengharuskan dia menjalani pemeriksaan ubat secara acak dua kali dalam satu minggu.


0 comments:
Post a Comment