Walaupun dikhabarkan mulai 'larut' sekali lagi dalam kehidupan gemerlap dan alkohol yang membuatnya meringkuk di penjara, rupanya kegiatan Lindsay Lohan di dunia hiburan akan segera dimulakan kembali. Acara Saturday Night Live-lah yang akan menjadi salah satu langkah pertama Lindsay.
Hal ini dikhabarkan oleh Splashnews.com yang menyebut bahawa pelakon 'penuh masalah' ini akan menjadi bintang tamu pada acara ini pada 4 Disember 2010.
Lohan sendiri pertama kali muncul setelah keluar dari pemulihan pada acara i, di mana dirinya memberi kejutan pada peminat2nya pada pembukaan dengan gurauan bersama Chelsea Handler dalam sebuah rakaman.
Jika memang benar Lohan sekali lagi tampil dalam Saturday Night Live, maka ini adalah kali ketiganya setelah kemunculannya pada Mei 2004 dan April 2006.


0 comments:
Post a Comment