Revalina S Temat kembali berlakon dalam filem layar lebar terbaru, yang berjudul SATU JAM SAJA. Dalam filem arahan Wakil Gubernur Tangerang, Rano Karno, yang juga adalah Pimpinan Karnos Film itu, Reva melakonkan Gadis, seorang perempuan yang memiliki karakter yang keras, tegar dan manja.
Reva mengaku, dalam filem yang mengisahkan percintaan remaja ini, dirinya tak kesukaran dalam membawakan wataknya.
Filem SATU JAM SAJA bercerita tentang drama persahabatan tiga anak manusia, iaitu antara Andika (Vino G Bastian), Gadis (Revalina S Temat) dan Hans (Andhika Pratama). Persahabatan yang terjalin begitu tulus di antara mereka harus dinodai oleh perbuatan Hans terhadap Gadis, yang seharusnya tidak boleh terjadi.


0 comments:
Post a Comment