it's about anything. too many to mention...

Monday, September 20, 2010

tak ada tawaran filem, nicole kidman balik ke broadway


Saat ini Nicole Kidman memang masih disibukkan dengan jadual penggambaran filem berjudul TRESPASS yang beliau bintangi bersama Nicolas Cage. Setelah itu nampaknya belum ada tawaran untuk berlakon filem lagi buat Nicole. Mungkin kerana itu juga Nicole memutuskan untuk kembali berlakon di teater Broadway melalui drama SWEET BIRD OF YOUTH.

Broadway memang bukan tempat yang asing buat Nicole Kidman. Tahun 1998 lalu beliau juga pernah menjadi bintang dalam sebuah drama berjudul THE BLUE ROOM yang pernah menggegarkan kerana Nicole pernah tampil bogel meski hanya sekilas itu. Kini, Nicole akan melakonkan karakter Alexandra Del Lago yang ada dalam drama karya Tennessee Williams dengan judul SWEET BIRD OF YOUTH.

Dalam drama yang diarahkan oleh David Cromer ini Nicole bakal menjadi seorang pelakon yang mula dilupakan public. Semakin menambah masalah, pelakon bernama Alexandra ini juga ketagihan alkohol dan ketagihan seks. Drama ini akan diproduserkan oleh Scott Rudin dan akan mula dipentaskan musim gugur nanti.

SWEET BIRD OF YOUTH sebenarnya juga pernah diangkat ke layar lebar dengan bintang Paul Newman dan Geraldine Page di tahun 1962 lalu.

0 comments: