it's about anything. too many to mention...

Wednesday, October 27, 2010

anak david beckham bubuh tatu pertama


Sebagai pecinta tatu, maka layaklah jika tubuh David Beckham dihiasi tatu, yang sampai saat ini berjumlah cukup banyak. Oleh kerana ini pula, tidak hairan juga kalau ketiga2 anaknya ingin mengikuti jejaknya membubuhkan tatu di kulit mereka.

Dan tidak perlu menunggu lama bagi Brooklyn Beckham, anak sulungnya untuk menghiasi kulitnya dengan tatu. Ketika datang untuk menyokong pertandingan ayahnya, di lengan kanan dalam Brooklyn terlihat tatu yang bergambarkan sebuah simbol tulisan Cina.

Tulisan ini dipastikan bererti 'liar', dan Brooklyn sendiri dilaporkan bangga sampai dia ingin mempamerkannya dengan mengenakan baju berlengan pendek.

Beberapa saat yang lalu, Beckham juga pernah menyatakan bahawa anak-anaknya sudah mulai bertanya bila mereka dibolehkan membuat tatu. Namun nyatanya Brooklyn pun tak lama memiliki tatunya sendiri. Ironinya, Beckham sendiri tidak merancang menambah tatu, kerana ibu dan isterinya, Victoria Beckham, melarangnya.

0 comments: