it's about anything. too many to mention...

Monday, October 18, 2010

christina aguilera rasmi ajukan perceraian


Hanya berselang dua hari setelah kenyataannya mengenai keretakan rumah tangga dan perpisahannya dengan Jordan Bratman, hari ini Christina Aguilera rasmi mengajukan fail perceraian.

Penyanyi yang pada debutnya pernah diberitakan bersaing hebat dengan Britney Spears ini mengisikan 'perbezaan yang tidak dapat disatukan lagi' pada tuntutan perceraiannya. Tuntutan ini sendiri diajukan di Los Angeles hari ini.

Menurut fail perceraian, pasangan yang menikah pada 2005 ini, telah menyetujui beberapa syarat yang diajukan. Tuntutan ini berbunyi bahawa pendapatan Aguilera sebelum, sesudah, selama pernikahan, serta sejak dari dan setelah tarikh perpisahan dianggap sebagai aset terpisah. Tarikh perpisahan kedua2nya pun ditetapkan pada 11 September 2010.

Aguilera juga dilaporkan berusaha mendapatkan hak asuh untuk anak mereka Max, yang berumur 2 tahun, walaupun sebelum ini Aguilera menyatakan bahawa Jordan dan dirinya akan menjaga komitmen untuk membesarkan Max bersama-sama.

0 comments: