Siapa kata aktres Hollywood akrab dan terbiasa dengan adegan terbuka dan panas? Jika merujuk pada masalah yang saat ini dialami oleh aktres cantik Natalie Portman, maka hal ini tentulah tidak lebih dari sebuah generalisasi yang terlalu berlebihan.
Ini kerana, Natalie dilaporkan sedang mengalami satu masalah yang cukup berat, kerana hubungannya dengan ayahnya menjadi buruk setelah adegan 'mencabar' yang dilakukannya dalam filem BLACK SWAN.
Dalam filem ini, Natalie berlakon sebagai seorang ballerina lesbian, dan salah satu adegannya mengharuskan dirinya berciuman dengan sesama wanita, aktres Mila Kunis.
Hal inilah yang membuat berang ayahnya, seorang doktor berbangsa Israel, Avner Herslag. Natalie sendiri sebelum ini pernah menolak tawaran ini kerana terlalu terbuka, namun akhirnya mengumpulkan keberanian dan beraksi dengan epik pada BLACK SWAN.


0 comments:
Post a Comment