it's about anything. too many to mention...

Tuesday, October 26, 2010

katy perry - russell brand terbang bulan madu ke maldives


Berita mengenai pernikahan Katy Perry dan Russell Brand tidak henti-hentinya dibicarakan, berkaitan dengan rangkaian upacara dan pesta pernikahan yang dilaksanakan sejak Sabtu lalu. Berita terbaru menyebutkan bahawa pengantin baru ini segera melanjutkan kemeriahan dengan berbulan madu ke Maldives, kepulauan di Samudera India.

Tuan dan Puan Brand ini dilihat di lapangan terbang Jaipur mengenakan baju ala India. Kedua2nya mengenakan sunglasses, dan wajah Katy juga masih dihiasi cincin hidung yang disematkan ke telinga kanannya.

Pasangan penyanyi dan pelawak ini menumpang sebuah helikopter dari Ranthambhore National Park menuju lapangan terbang Jaipur. Di lapangan terbang ini pun sudah tersedia pesawat peribadi yang disewa kedua2nya demi bulan madu romantis di Maldives.

Tidak ada tamu undangan, teman, ataupun saudara yang dilihat menemani kedua2nya di helikopter mahupun pesawat peribadi yang sudah menunggu di lapangan terbang. Hal ini tentunya cukup boleh dimaklumkan kerana kedua2nya pastilah ingin berdua setelah hingar bingar pesta adat India yang dilaksanakan akhir minggu lalu.

0 comments: