Halloween akan segera tiba dan sebahagian besar public yang turut meraikan hari istimewa ini sudah mulai heboh dengan kostum yang akan mereka kenakan di pesta Halloween 31 Oktober nanti. Yang unik, ketika biasanya kostum hantu yang digunakan, baik itu monster ataupun tengkorak, namun tahun ini trend akan benar-benar berbeza.
Dan penyebabnya tentu tidak lain adalah Lady GaGa! Kostum daging yang digunakannya di anugerah MTV VMA 2010 beberapa saat yang lalu dipastikan menjadi trend kostum Halloween tahun ini.
Dari polling dan penelitian yang dilakukan beberapa media di AS, terbukti bahawa kostum daging ini adalah yang paling banyak dicari ataupun dipesan untuk perayaan Halloween nanti.
Begitu banyak tukang daging yang dibanjiri pesanan untuk membuat kostum serupa, yang lebih kurang memerlukan biaya $2000 sepasang. Kostum ini pun cukup istimewa, kerana hanya boleh digunakan selama maksima tiga jam sebelum akhirnya menjadi basah, busuk, dan berbau.


0 comments:
Post a Comment