Pengunjung sebuah pub di England dikejutkan dengan kehadiran seekor flamingo satu malam. Setelah dilihat lebih dekat, bahkan hal ini lebih mengejutkan lagi, kerana flamingo ini tidak lain adalah Lady GaGa!
Lady GaGa memang tidak ada matinya. Di sela-sela kesibukannya menjalani Tour Monster Ball, penyanyi nyentrik ini meluangkan diri untuk mengunjungi sebuah pub dengan kostum yang sangat mirip dengan flamingo.
Dengan skirt berumbai berwarna pink cerah, jaket kulit hitam, clutch hitam, lengkap dengan kasut plattform bertumit super-tinggi, GaGa benar-benar dilihat sejenjang flamingo.
Penyanyi ini dijadualkan akan tampil dalam tournya di Ireland pada 26, 27, dan 29 Oktober nanti, sebelum kembali ke Belfast, Ireland Utara untuk tiga penampilan lagi. Pada 16 Disember dia akan kembali ke London sebagai bahagian akhir dari tour keliling Eropahnya.


0 comments:
Post a Comment