Walau Lindsay Lohan dibebas dari hukuman penjara, bukan bererti masalahnya benar-benar berakhir. Dari keputusan perbicaraan, Lindsay diharuskan melanjutkan pemulihannya sampai tiga bulan ke depan. Inilah sumber masalahnya, kerana Lindsay dilaporkan tidak mampu membayar biayanya.
Lindsay sendiri sudah beberapa lama ditahan di pusat pemulihan Betty Ford ini, dan harus dilanjutkan sampai Januari nanti. Sebelum ini, Lindsay pernah menjalani pemulihan di salah satu pusat pemulihan di Los Angeles pada awal tahun.
Pelakon ini pun sudah tidak mampu membayar biaya di salah satu pusat pemulihan pilihan banyak selebriti ini, yang mencapai $50,000. Dilaporkan juga, bahawa pegawai Lindsay gagal menjual wawancara selepas pemulihannya demi mendapatkan sejumlah wang. Oleh kerana ini, satu-satunya pilihan yang tersedia bagi Lindsay adalah mencari sponsor.


0 comments:
Post a Comment