Entah kerana mengetahui kekasihnya, Ariel akan segera dipindahkan ke Bandung, artis Luna Maya datang ke Bareskrim Mabes Polri, hari ini pukul 12.31 WIB. Luna datang dengan menggunakan kereta honda CRV berwarna putih.
Seperti biasa, Luna Maya datang dengan mengenakan kaca mata hitam dengan balutan selendang. Tak ada kata-kata yang keluar dari mulutnya, termasuk ketika wartawan mencecarnya.
Luna yang menggunakan pakaian warna cokelat garis-garis, selendang cokelat dan seluar hitam, dikirakan akan menemui Ariel yang dijadualkan akan dipindah ke Bandung.
Fail kes Ariel sendiri sudah dinyatakan lengkap oleh Kejaksaan. Dia akan segera dipindahkan ke kota Bandung untuk segera menjalani perbicaraan.


0 comments:
Post a Comment