it's about anything. too many to mention...

Wednesday, October 27, 2010

madonna siap2 berangkat ke malawi


Jangan-jangan Madonna bakal mengambil anak lagi dari negeri kecil di Afrika! Walaupun mungkin peluang itu masih ada tapi nampaknya bukan itu yang akan dilakukan Madonna di Malawi kali ini. Yang pasti, selain bakal melakukan aktiviti sosial lagi, Madonna khabarnya bakal mengunjungi keluarga David Banda, yang beliau ambil beberapa tahun yang lalu.

Madonna memang ada ikatan kuat dengan negeri ini. Diva muzik pop ini pernah mengambil dua orang anak dari sana. Mercy yang kini berusia lima tahun dan David yang telah berusia lapan tahun. Madonna juga ada yayasan sosial, Raising Malawi, yang berusaha membantu anak-anak yatim-piatu di negeri itu.

Selain bakal melakukan beberapa kegiatan sosial,
Madonna khabarnya juga bakal mengunjungi ayah David Banda.

0 comments: