it's about anything. too many to mention...

Tuesday, October 19, 2010

ria irawan : robby tumewu tak ada keluhan


Sakit mendadak yang dialami Robby Tumewu memang mengejutkan banyak pihak. Termasuk juga Ria Irawan, pasangan lakonnya dalam filem MADAME X. Ria mengaku mengetahui berita tersebut melalui infotainment. Awalnya, beliau fikir kejadian tersebut untuk promosi filem.

Ria sendiri sudah menjenguk Robby yang mengalami pendarahan di otak sebelah kanannya pada hari Jumaat. Beliau mengatakan, selama bersama Robby saat penggambaran filem mereka yang diproduserkan Nia Dinata tersebut, Robby tidak ada masalah sama sekali.

Seperti diketahui,
Robby tiba-tiba jatuh sakit saat penggambaran DANGDUT MANIA beberapa hari lalu. Di tengah acara, beliau sempat jatuh dan tidak sedarkan diri. Ria sudah yakin itu bukan bergurau, kerana sepengetahuannya, Robby orang yang santun dan tahu batasan mana yang dibuat bergurau.

0 comments: