it's about anything. too many to mention...

Friday, October 15, 2010

t.i gagalkan cubaan bunuh diri


Tak hanya gape bermain muzik, rupanya rapper T.I. juga piawai menenangkan orang. Bahkan T.I. membantu polis untuk menggagalkan percubaan bunuh diri seorang lelaki yang sudah akan melompat dari atas bangunan.

Pencetak hit Number One ini membantu polis untuk meyakinkan laki-laki itu untuk membatalkan niatnya menghabiskan nyawanya sendiri dengan melompat dari atas bangunan di Atlanta Geogia, Rabu petang lalu.

Jurucakap polis Atlanda, James Polite, menuturkan yang rapper itu berbicara pada laki-laki yang akan bunuh diri tersebut. Dia meyakinkan laki-laki itu yang dirinya masih boleh menghadapi semuanya.

Akhirnya laki-laki yang tidak disebutkan identitinya oleh polis itu setuju untuk turun dari atap dan menemui rapper ini. Beberapa minit setelah berbicara, laki-laki itu kemudian dibawa ke Atlanta's Grady Memorial Hospital untuk diperiksa keadaan psikologinya.

T.I. yang bernama asli Clifford Harris ini sendiri sedang menyiapkan diri untuk memenuhi panggilan mahkamah, hari ini. Dia akan menerima keputusan Hakim soal pengajuan penghentian masa percubaannya setelah dia dan isterinya, Tameeka 'Tiny' Cottle, ditahan kerana memiliki dadah September lalu.

T.I. juga sedang dalam masa percubaan setelah dirinya terbukti memiliki senjata haram dan melanggar undang2 federal pada 2008 lalu. T.I. sudah menghabiskan 7 bulan dalam penjara ditambah 90 hari tahanan rumah dan dibebaskan Mac tahun ini.

0 comments: