it's about anything. too many to mention...

Monday, October 18, 2010

t.i nafi menolong orang bunuh diri kerana publikasi


Rapper T.I., Khamis lalu, menafikan pendapat bahawa tindakannya membantu usaha polis mencegah orang yang mahu bunuh diri merupakan aksi publikasi sebelum penampilannya di mahkamah minggu ini.

T.I. yang dibebaskan pada Mac dari sembilan bulan masa hukuman penjara kerana memiliki senjata, menjadi berita utama ketika dia membantu polis Atlanta memujuk seorang lelaki yang mahu bunuh diri dengan melompat dari bangunan berlantai 22, dengan merakam pesanan video buat lelaki itu.

Penyanyi rap peraih Grammy dan produser rakaman berusia 30 tahun tersebut menjalani proses mahkamah mengenai hukuman percubaan di kota itu pada Jumaat dan menghadapi kemungkinan hukuman penjara setelah dia ditangkap dalam kes dadah pada September di Los Angeles.

Tarikh pemeriksaan mahkamah itu telah membuat beberapa media AS mempertanyakan perbuatan baiknya.

Penyanyi Got Your Back tersebut mengatakan merasa bahawa harus membantu ketika mendengar tentang lelaki itu di radio Atlanta pada Rabu, sewaktu dalam perjalanan untuk merakam video muzik.

0 comments: