it's about anything. too many to mention...

Monday, November 15, 2010

angelina jolie - supermom sejati!


Tidak perlu diragukan lagi bahawa Angelina Jolie benar-benar seorang supermom! Di sela-sela kesibukannya, Jolie bersedia menjadi model bagi majalah Vogue, di mana dia tidak hanya menampilkan lekuk tubuh seksinya setelah menjadi ibu kepada enam orang anak, namun aktres juga mengungkapkan beberapa rahsia kecil keluarga mereka yang menunjukkan bahawa dirinya memang benar-benar istimewa!

Tentu saja, keistimewaan Jolie yang pertama adalah bahawa dia dapat menjaga bentuk tubuh indahnya sebagai modal dalam dunia filem, dan tentunya juga untuk menjaga keharmonian dengan suaminya, Brad Pitt.

Hubungan Jolie dengan keenam2 anaknya pun tak kalah menarik. Dalam wawancara, Jolie mengungkapkan bahawa anaknya, Pax, jauh lebih berbakat dalam memasak berbanding dirinya. Dan ibu super ini juga menyatakan kebahagiaannya kerana anak pertama yang diambilnya, Maddox, sangat mengerti perasaannya.

Selain Pax dan Maddox, anak kandung pertamanya, Shiloh pun cukup menarik untuk diceritakan, dengan pengalamannya yang ingin memelihara burung yang sudah mati dan keinginannya untuk menjadi laki-laki. Shiloh selalu mengenakan pakaian mirip abang2 laki-lakinya dan hanya akan menoleh jika dipanggil John!

Kebijakan Jolie mengenai perbezaan budaya anak-anak yang diambilnya dari berbagai belahan dunia pun membuktikan betapa Jolie sangat hebat. Jolie menyewa beberapa pengasuh untuk anak-anaknya, bukan untuk menggantikan tugasnya, namun untuk mengajari mereka bahasa ibunya, iaitu bahasa Vietnam untuk Pax dan bahasa Kemboja untuk Maddox. Tujuannya semata-mata agar mereka tidak lupa dengan asal-usulnya.

0 comments: