Pecinta siri TV GOSSIP GIRL pasti sudah akrab dengan Taylor Momsen, salah seorang bintangnya. Biasanya, Momsen adalah aktras regular dalam siri TV ini. Namun, bintang yang akhir-akhir ini berdandan ala gothic ini didudukkan di bangku cadangan untuk episod-episod akan datang.
Momsen dengan karakternya, Jenny Humphrey, sendiri sudah mula jarang dilihat di musim ini. Tercatat, hanya sebanyak total 3 episod saja Momsen muncul. Hal ini nampaknya akan berlanjut. Apa alasannya?
Momsen sendiri akhir-akhir ini sering menjadi topik hangat kerana kelakuannya. Selain penampilannya yang sekarang gothic dan bitchy, Momsen juga pernah mengumbar pengakuannya mengenai seks dan mempamerkan payudaranya dari atas pentas dalam sebuah konsert dengan band yang menjadikannya vokalis, The Pretty Reckless.
Tapi nampaknya bukan hanya ini alasannya. Seorang bintang jemputan pernah membocorkan betapa buruknya penampilan Momsen dalam GOSSIP GIRL.


0 comments:
Post a Comment