it's about anything. too many to mention...

Friday, November 5, 2010

brad pitt bersaing dengan spider man


Ada ayah seorang Brad Pitt pastilah jadi satu hal yang paling membanggakan. Namun justeru anak-anak Brad Pitt tidak berfikir demikian. Ada satu sosok yang lebih keren dari aktor ini di mata anak-anaknya. Siapa? Spider-Man!

Oleh kerananya, Pitt pun mahu tidak mahu harus bersaing dengan super hero berbaju ketat itu, demi mendapatkan penghargaan dari anak-anaknya, Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan kembar Knox dan Vivienne.

Dan salah satu cara yang dilakukan Pitt untuk 'mengalahkan' Spider-Man adalah dengan membintangi filem superhero animasi MEGAMIND, di mana Pitt menjadi pengisi suara bagi Metro Man.

Pitt pun mengajak Maddox dan Pax pada premier filemnya untuk 'mempamerkan' wataknya ini. Selain itu, Pitt pun mengakui bahawa dirinya mengambil watak ini demi anak-anaknya, sesuai dengan 'kesepakatan'nya dengan Jolie, iaitu untuk mempertimbangkan kepentingan anak-anaknya terlebih dahulu dalam bekerja.

0 comments: