Royal Wedding antara Putera William dan Kate Middleton, pastinya akan benar-benar megah dan mengagumkan. Ini kerana, sudah ada begitu banyak selebriti yang ingin hadir mahupun mengisi acara dalam pernikahan ala bangsawan ini.
Salah satu dalam senarai tamu adalah pasangan David Beckham dan Victoria Beckham. Beckham dan William telah berteman cukup dekat, terutama kerana England merancang memenangi tender sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018.
Jika berita ini benar, maka pasangan selebriti ini akan bergabung dengan senarai selebriti lain yang juga diundang dalam pernikahan William dan Kate, seperti Sir Elton John dan Sir Paul McCartney. Presiden Obama dan isterinya, Michelle, juga disebut-sebut sebagai tamu kehormat. Pengumuman rasmi mengenai searai tamu ini akan diadakan bulan Februari 2011 nanti.


0 comments:
Post a Comment