it's about anything. too many to mention...

Tuesday, November 23, 2010

emma watson, idola terpopular di england


Walaupun baru berusia 20 tahun namun Emma Watson nyatanya sudah layak disebut sebagai idola. Bahkan hasil survey yang dilakukan sebuah supermarket di England menyatakan Emma yang popular melalui wataknya sebagai Hermione Granger dalam siri Harry Potter sebagai idola paling popular di antara anak muda di sana.

Hampir empat dari lima orang yang disurvey Asda supermaket memilih Hermione Granger sebagai idola mereka. Angka yang diraih karakter yang dilakonkan oleh Emma Watson ini bahkan melebihi angka yang berjaya dikumpulkan oleh Cheryl Cole yang juga sama-sama sering disebut sebagai wanita paling popular di daratan England. Bahkan nama Katy Perry yang kebelakangan meletup pun masih kalah oleh angka yang didapat Emma Watson.

Menurut survey yang dilakukan Asda, 87% dari 18 ribu anak muda yang disurvey juga mengaku lebih suka dikenal kerana kepandaian mereka dan bukannya kerana penampilan mereka. Uniknya lagi, kebelakangan ini blazer yang mirip dengan yang dikenakan Emma Watson saat melakonkan Hermione pun jadi laris.

0 comments: