Nampaknya masalah tidak pernah berhenti datang dari janda Kurt Cobain, Courtney Love. Setelah beberapa saat lalu melakukan 'wawancara tanpa busana', beberapa foto bogel yang tersebar di dunia maya, kali ini Love mengalami masalah undang2 dengan sebuah syarikat barang kemas.
Courtney disaman kerana tidak mengembalikan barang kemas berharga lebih dari US$ 100,000, setelah ditaja dari syarikat Jacob&Co. Barang kemas yang khabarnya bernilai US$ 114,000 ini terdiri atas dua kalung emas putih dan berlian, sebuah gelang bercorak bunga dari emas putih, dan sepasang anting-anting bundar berbahan emas putih dan berlian.
Dari sejumlah barang kemas tersebut, Love dikhabarkan hanya mengembalikan gelang, tapi tidak yang lain. Dalam dokumen saman yang diajukan ke Pengadilan Tinggi Manhattan, Love disaman kerana menghilangkan barang kemas yang lain.
Syarikat barang kemas ini juga sering melayani banyak selebriti untuk keperluan barang kemas mereka, seperti David Beckham dan Madonna. Peguam bagi syarikat barang kemas ini menyatakan bahawa Love harus bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan, walau masih belum ada penjelasan dari pihak Love.


0 comments:
Post a Comment