it's about anything. too many to mention...

Tuesday, November 30, 2010

kirsten dunst : adegan bogel? sudah lupa!


Walau sudah tidak lagi berlakon dalam SPIDERMAN, namun bukan bererti karier Kirsten Dunst di dunia filem berakhir. Filem terbaru Kirsten yang akan segera muncul akan menyandingkannya dengan Ryan Gosling. Yang istimewa, dalam filem ini, Kirsten harus beradegan bogel di bawah shower bersama Ryan.

Bagi sebahagian aktres, beradegan bogel bakal jadi satu beban tersendiri, bahkan menjadi satu cabaran yang berat. Namun rupanya tidak sama halnya dengan Kirsten. Ketika ditanya bagaimana rasanya beradegan bogel bersama Ryan, Kirsten malah dengan mudah menjawab bahawa dia sudah lupa bagaimana rasanya.

Kirsten, yang sudah berkecimpung di dunia entertainment sejak umur 3 tahun, mengaku bahawa tidak ada masalah baginya untuk mempamerkan tubuhnya dalam filem drama-kriminal ALL GOOD THINGS ini.

Filem ini akan bercerita mengenai kes orang hilang yang sangat terkenal di Amerika. Robert Durst, seorang jutawan real estate, dituduh namun tidak pernah berusaha membunuh isterinya, Kathie, pada tahun 80-an.

Mengadu lakonan dengan Ryan, Kirsten akan melakonkan isterinya, Kathie. Pembikinan filem ini juga diharapkan dapat membantu penyelesaian kes ini di dunia nyata dengan membuka banyak bukti baru.

0 comments: