Sebagai salah satu selebriti yang bakal menjadi 'legenda', maka layaklah jika Lady GaGa diabadikan dalam patung lilin di Museum Madame Tussauds. Oleh kerananya, GaGa akan segera mengikuti jejak seniornya menghuni muzium patung lilin yang tersebar di seluruh dunia ini.
Kembar GaGa akan diletakkan di lapan cawangan Museum Madame Tussauds yang tersebar di seluruh dunia, iaitu Las Vegas, New York City, Berlin, London, Hong Kong, Amsterdam, Los Angeles, dan Shanghai. Kesemuanya dijadualkan akan dilancarkan 9 Disember nanti.
Yang unik dan membezakan GaGa dari tokoh-tokoh yang 'dipatung-lilinkan' adalah bahawa tiap-tiap patung di masing-masing tempat akan mengenakan kostum yang berbeza, dan memerlukan waktu empat bulan untuk menyelesaikannya.


0 comments:
Post a Comment