Keglamoran dan pamor selebriti tidak dapat dihindari membuat peminat2nya gila. Tercatat, sudah begitu banyak kes yang menyebut seorang selebriti atau orang terkenal yang tewas di tangan peminat2nya. Dan kali ini Lady GaGa-lah yang menjadi sasaran perbuatan nekad ini.
Dalam Tour Monster Ballnya, GaGa menerima surat yang berisi ancaman bunuh. Surat ini dikirim oleh seorang pelajar Rusia berusia 26 tahun yang bernama Anastasia Obukhova, yang tinggal di New York. Isi suratnya adalah bahawa dia ingin 'mati bersama' GaGa.
Bahkan, Obukhova juga menyatakan bahawa dirinya sudah pernah berada dalam jarak 1 meter dari GaGa, menanti waktu yang tepat untuk menyerang.
Tidak seperti Mark Chapman, yang membunuh John Lennon di luar apartmentnya pada 1980 silam, peminat ini tidak hanya akan membunuh GaGa, tapi juga dirinya sendiri. Kerana ancaman ini, keselamatan semakin disiagakan di sekitar GaGa, walau Obukhova sekarang dilarang berada dalam jarak 500 yard dari GaGa.


0 comments:
Post a Comment