it's about anything. too many to mention...

Tuesday, November 9, 2010

lady gaga dikejar2 hantu


Percaya kalau hantu itu ada? Nampaknya tidak jadi masalah kerana Lady GaGa benar-benar yakin yang hantu itu ada. Bukan cuma itu, beliau malah yakin yang selama berbulan-bulan ini beliau selalu dikejar-kejar hantu lelaki ini. Mahu tahu siapa nama hantu itu? Ryan!

Percaya atau tidak, Lady GaGa memang merasa yakin yang hantu bernama Ryan ini benar-benar ada. Lady GaGa malahan mengatakan yang Ryan ini tak mahu membiarkan penyanyi pop ini tenang. Kemana pun Lady GaGa pergi, Ryan selalu mengikuti, termasuk kalau Lady GaGa harus tour promosi album keliling dunia.

Sejauh ini, menurut berita yang dilansir Splash News, Ryan ini tidak pernah menakut-nakuti Lady GaGa tapi siapa yang tidak ketakutan kalau tiba-tiba saja ada makhluk lain yang bukan manusia mengikuti kita. Malahan, saat Lady GaGa sedang berada di Ireland dalam rangka tour Monster Ball, beliau sempat meminta paranormal untuk menghubungkan dia dengan hantu bernama Ryan ini agar beliau dapat menyuruh hantu ini pergi jauh-jauh.

0 comments: