Semakin lama berada di pusat pemulihan, rupanya membuat Lindsay Lohan sedikit 'jinak'. Terbukti, kerana berlaku baik, akters ini diizinkan untuk 'mengambil cuti' dari masa pemulihannya.
Namun, kebebasan sementaranya ini bukan untuk berfoya-foya, melainkan untuk bekerja. Bintang MACHETE ini diizinkan keluar sejenak dari pusat pemulihan BETTY FORD CLINIC untuk menjalani sesi pemotretan untuk Kira Plastinina, sebuah jenama busana Rusia.
Lindsay sendiri dijadualkan akan benar-benar bebas dari pusat pemulihan ini pada 3 Januari 2011, sebagai masa hukuman yang harus dijalaninya kerana gagal dalam ujian dadah dalam masa percubaan kurungannya.
Sebelum ini, Lindsay juga pernah dilihat membeli beberapa pasang pakaian bersama pegawai pusat pemulihan, berbelanja bersama ayahnya, juga singgah di kedai Starbucks di dekat pusat pemulihan.


0 comments:
Post a Comment