Mulai 15 November, Lindsay Lohan sudah akan kembali bekerja seperti semula. Yang jelas, Lindsay sudah tidak ada tanggungan lagi. Beliau telah menjalani masa hukumannya termasuk masa pemulihan di Betty Ford Clinic beberapa waktu yang lalu. Sudah saatnya Lindsay Lohan kembali berkerjaya.
Tiga bulan sudah Lindsay Lohan menjalani pemulihan di Betty Ford Clinic setelah gagal menjalani ujian dadah dan melanggar aturan pembebasan bersyaratnya. Setelah fasa pertama ini, Lindsay dipindahkan dari fasiliti pemulihan utama ke Palm Spring untuk menjalani proses selanjutnya. Di fasa ini pun Lindsay Lohan berjaya meyakinkan doktor bahawa beliau memang bersungguh-sungguh.
Saat ditanya, Shawn Chapman Holley, peguam Lindsay Lohan menjelaskan bahawa Lindsay berjaya melalui fasa ini dengan baik.


0 comments:
Post a Comment