Rawatan yang harus dilakukan Lindsay Lohan atas kebergantungan alkohol dan dadah yang dideritanya bakal mengancam karier aktres cantik ini. Kerana dirinya harus berada di pusat pemulihan Betty Ford Clinic sampai awal Januari nanti, akan ada kemungkinan Lindsay kehilangan wataknya dalam INFERNO.
Sebelum masuk ke pusat pemulihan, Lindsay rancangannya akan melakonkan Linda Lovelace, seorang bintang porno, dalam filem INFERNO. Namun, kerana penggamcaran yang tertunda, ada kemungkinan bahawa pihak produser akan mencari pengganti Lindsay.
Sebelum ini, pihak INFERNO pernah ngotot bahawa mereka akan tetap memakai Lindsay sebagai pelakon bintang porno legenda ini, bahkan mereka rela menunggu sampai aktres ini keluar dari pusat pemulihan.


0 comments:
Post a Comment