Sebelum ini Luna Maya pernah mengarahkan filem indie SUCI AND THE CITY dalam anugerah LA Lights Movie Indiefest. Namun kini dirinya menjadi pelakon dalam filem indie garapan Aryo Wahab berjudul NATALIE'S INSTINCT.
Saat ditemui di Blitzmegaplex, Grand Indonesia, Thamrin, Jakarta Pusat, Jumaat lalu, awalnya Luna Maya menolak untuk wawancara. Namun pertanyaan wartawan terus dijawab, meski hanya sepotong-sepotong sambil sambil terus berjalan.
Didampingi Garin Nugroho, Luna pun akhirnya sedikit buka suara tentang filem yang dibintanginya tersebut.
Garin menceritakan tentang konsep tahun depan yang akan beralih ke FTV, di tengah-tengah pembicaraan dia pun memberikan tawaran pada kekasih Ariel itu untuk ikut tahun depan. Saat ditegaskan oleh Garin, antara pilih sebagai pengarah atau jadi pelakon, Luna mengaku sedia menerima dua-duanya. Saat ditanya tentang karakter Natalie yang dilakonkannya dalam filem NATALIE'S INSTINCT, Luna hanya menjawab singkat.


0 comments:
Post a Comment