Bencana alam yang kebelakangan ini terjadi di Indonesia, banyak membawa inspirasi terutama bagi seniman muzik Indonesia. Beberapa inspirasi tersebut dituang baik dalam lagu mahupun dalam segala aktiviti kemanusiaan yang bertujuan untuk menggalang dana untuk membantu meringankan beban mangsa bencana.
Tak terkecuali penyanyi dan juga pencipta lagu Melly Goeslaw, yang mengaku bersedia membuatkan lagu yang bertujuan untuk sosial dan tanpa dibayar sekalipun.
Namun demikian, Melly tetap merespon positif semua inspirasi yang datangnya dari manapun, asalkan untuk tujuan yang mulia.
Melly sendiri mengungkapkan adanya rancangan dari sebuah media cetak, yang merangkul banyak artis untuk menggalang dana bagi mangsa bencana alam.


0 comments:
Post a Comment