Kalau selama ini Michael Jackson selalu mengatakan bahawa beliau sama sekali tak obses untuk selalu mengubah wajahnya, ternyata kenyataan itu tak sepenuhnya jujur. Paling tidak, orang terdekat mendiang Michael memberikan pengesahan bahawa Michael Jackson memang berulang kali melakukan pembedahan plastik. Kalaupun beliau berbohong, itu kerana beliau sendiri malu mengakuinya.
Rahsia ini terungkap ketika Joe Jackson dan Katherine Jackson, kedua2 orang tua mendiang Michael Jackson, diwawancara Oprah Winfrey di kediaman keluarga Jackson di Encino, California, beberapa waktu yang lalu. Katherine tak menyangkal yang Michael memang obses melakukan pembedahan plastik dan itu beliau lakukan lebih dari dua kali.


0 comments:
Post a Comment