it's about anything. too many to mention...

Tuesday, November 16, 2010

natalie portman kurus, pengarah ketakutan


Biasanya pengarah akan menuntut pelakonnya untuk berlakon dan mendalami wataknya. Namun kali ini justeru sebaliknya yang terjadi dalam penggambaran BLACK SWAN. Darren Aronofsky, pengarahnya, justeru dibuat ketakutan ketika aktresnya, Natalie Portman benar-benar serius mendalami wataknya sebagai seorang balerina.

Ini kerana, demi mendalami watak, Natalie menjadi benar-benar kurus demi memiliki tubuh layaknya seorang balerina sebenar. Jadual latihan balet belasan jam sehari juga memberikan efek yang signifikan pada berat badan Natalie.

Melihat hal ini, Darren pun benar-benar khuatir dan menyuruh Natalie untuk sering-sering makan. Bahkan, Darren memenuhi trailer Natalie dengan berbagai makanan agar aktres ini berisi kembali.

Natalie sendiri nampaknya sengaja menjalankan diet ketat, kerana beberapa saat yang lalu aktres ini pernah menyatakan bahawa dirinya lega boleh berhenti diet setelah filemnya rampung.

0 comments: