Kalau sekitar bulan Ogos lalu jurucakap Paris Hilton pernah menyatakan yang pihaknya akan menyaman balik Hairtech International, sekarang niat itu sudah terlaksana. Paris menyaman balik syarikat pembuat hair extension itu bernilai US$2.1 juta kerana menganggap syarikat ini telah melanggar memanfaatkan nama Paris Hilton demi keuntungan mereka sendiri.
Dalam surat saman yang diajukan peguamnya, Paris Hilton menuduh Hairtech International telah memanfaatkan nama besar Paris Hilton untuk menaikkan penjualan produk Dream Catcher mereka. Selain itu pewaris takhta Hilton ini juga menuduh Hairtech International telah dengan sengaja tidak membayar Paris sesuai dengan kontrak yang telah disepakati. Lebih jauh lagi, saman yang diajukan ke mahkamah di Los Angeles itu juga menyebutkan yang Hairtech International telah mengubah dokumen yang diajukan ke pihak Paris untuk ditandatangani.
Dalam berita yang dilansir Contact Music juga disebutkan yang Paris Hilton menyangkal tuduhan Hairtech International bahawa dirinya telah gagal menjadi the face of Dream Catcher dan menyebutkan kalau CEO syarikat ini jelas-jelas mengaku puas dengan kinerja Paris Hilton. Menurut Paris, setelah beliau penggambaran iklan Dream Catcher, CEO Hairtech International pernah mengirim email yang berisi pujian atas kinerja Paris yang mengagumkan.


0 comments:
Post a Comment