Hari ini, single terbaru mendiang Michael Jackson yang berjudul Hold My Hand mulai dilancarkan. Single kolaborasi antara Michael dengan Akon ini adalah single pertama yang diambil dari album MICHAEL yang rancangannya bakal diedarkan menjelang Natal nanti.
Pemilihan single pertama ini juga bukan kerana pertimbangan record label kerana menurut berita yang dilansir CNN, Michael Jackson sendiri yang memilih single ini. Dalam sebuah catatan peribadi yang ditemui, jelas-jelas dicantumkan yang mendiang Michael ingin Hold My Hand ini jadi single pertama dari album ini.
Lagu ini sendiri sebenarnya sudah tak asing lagi buat mereka peminat setia Michael Jackson kerana versi kasar dari lagu ini pernah beredar di tahun 2008. Setelah beredarnya versi kasar itu, Akon kembali ke studio untuk merampungkan versi kasar itu.


0 comments:
Post a Comment