Tak mahu kalah dari Liam yang sudah merancang tour keliling Eropah bersama band barunya, diam-diam Noel Gallagher juga menyiapkan solo albumnya. Tak jelas bagaimana konsep dari album baru ini kerana Noel nampaknya masih tak mahu terbuka soal projek solonya ini. Berita ini pun sebenarnya bocor dari salah satu pemuzik yang beliau ajak berkolaborasi.
Miles Kane, anggota The Last Shadow Puppets pernah buka mulut dan mengatakan yang beliau pernah mengisi track gitar pada salah satu lagu yang nampaknya bakal jadi sebahagian dari album solo Noel nanti.
Miles Kane, anggota The Last Shadow Puppets pernah buka mulut dan mengatakan yang beliau pernah mengisi track gitar pada salah satu lagu yang nampaknya bakal jadi sebahagian dari album solo Noel nanti.
Sebelum ini, bekas anggota Oasis ini pernah mengatakan yang dia masih belum berfikir soal muzik paling tidak sampai tahun depan. Noel mengaku masih ingin mendampingi isterinya yang hamil anak kedua mereka namun nampaknya diam-diam Noel masih sempat mencuri waktu untuk menggarap beberapa lagu yang bakal dikemas dalam album solonya nanti.
Kalau Noel tak mahu terbuka, beza lagi dengan Liam Gallagher yang jelas-jelas mengumumkan bakal mengadakan serangkaian konsert keliling England dan beberapa kota di Eropah. Setelah itu, album Liam bersama Beady Eye, band barunya, nampaknya bakal segera dirilis.


0 comments:
Post a Comment