Sebelum terkenal melalui siri DESPERATE HOUSEWIVES, nama Teri Hatcher dikenal sebagai pelakon kekasih manusia baja, Superman, sebagai Lois Lane. Dan kali ini, Teri kembali ke filem yang membesarkan namanya ini.
Namun, yang unik, bukannya berlakon sebagai Lois Lane, kali ini Teri akan berlakon sebagai mendiang ibu Lois Lane dalam siri TV Superman popular, SMALLVILLE.
Wataknya kali ini tentunya akan dapat mengubati rasa rindunya pada dunia superhero, walau mungkin tidak akan berlanjut untuk jangka waktu yang cukup panjang. Ini kerana, siri yang akan dibintanginya kali ini adalah season ke-10 SMALLVILLE, yang juga menjadi season terakhir.


0 comments:
Post a Comment