it's about anything. too many to mention...

Friday, November 12, 2010

titi kamal batal derma kerana 'lemas'


Artis Titi Kamal tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya. Ini kerana, bertepatan dengan Hari Pahlawan 10 November 2010, isteri aktor Christian Sugiono itu gagal mendapatkan gelaran 'Pahlawan Kemanusiaan' kerana sakit.

Semestinya Titi akan diberi gelaran tersebut bersamaan dengan aksi sosial derma darah yang diadakan oleh Palang Merah Indonesia bekerjasama dengan PT. Pertamina serta berkolaborasi PT. Sosro di SPBU MT Haryono Jakarta, kelmarin. Titi yang ditemui pada saat itu mengaku kepalanya merasa pening.

Padahal untuk aksi derma itu, Titi mengaku telah menyiapkan mental. Maklumlah, ini merupakan pengalaman pertama buat bintang filem MENDADAK DANGDUT itu. Pun begitu Titi tak mahu tinggal diam saja setelah gagal derma. Beliau akan turut berkempen melalui twitter.

0 comments: