Batalnya pihak Front Pembela Islam (FPI) DKI Jakarta melaporkan Ahmad Dhani secara terpisah dari kes dugaan pornografi yang dilakukan Dewi Perssik, membuat ketua kumpulan Dewa 19 itu juga mengurungkan niatnya untuk menyaman balik FPI.
Sebelum ini dikhabarkan bahawa Dhani sedia melapor balik jika dirinya dilaporkan oleh Ketua FPI DKI Jakarta, Habib Salim Alatas.
Peguam FPI, Mirza Zulkarnaen, SH, mengatakan yang laporan atas Ahmad Dhani tak dilakukan terpisah, melainkan ditambahkan pada laporan terhadap Dewi Perssik. Sementara, Samsul Huda, SH, peguam Ahmad Dhani, menegaskan yang anak guamnya masih menunggu perkembangan dari FPI.
Dhani seolah memiliki kepercayaan diri yang begitu tinggi bahawa dirinya tak terlibat dan tak bersalah dalam kes yang kini mendera Dewi Perssik, salah satu artis yang bernaung di bawah Republik Cinta Management (RCM) miliknya.
0 comments:
Post a Comment